Friday 6 September 2013

Review untuk Dell Optiplex 170 L Komputer Desktop

Kali ini saya ingin membuat sedikit review untuk komputer ini yang dijual pada harga RM 199 satu set. Untuk pengetahuan anda, kami mempunyai beberapa ratus unit model ini. Ini bermakna ada banyak stok dalam simpanan kami, oleh itu kami telah menurunkan harga daripada harga asal iaitu RM 350 (pada bulan Ogos yang lepas). Ini juga bermakna ini adalah tawaran terhad yang kami tawarkan supaya lebih ramai boleh membeli komputer sama ada sebagai komputer tambahan atau komputer pertama (tapi saya yakin sekarang semua sudah ada komputer di rumah kan? :D ).





Komputer ini amat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan pelajar sekolah dalam lingkungan umur 5 hingga belasan tahun. Keupayaan nya untuk menampung aplikasi internet, office dan multimedia sudah cukup untuk kegunaan asas harian. Dengan processor Intel Pentium 4 2.8GHz dan RAM 1GB ia sudah cukup memadai untuk anda melayari Youtube, Facebook ataupun portal-portal pendidikan seperti "online tutor". Ia mempunyai 6 USB port yang boleh digunakan untuk menyambung modem "broadband", pendrive, printer, external hard drive atau apa-apa sahaja alatan USB. Jika anda mempunyai wireless internet di rumah, anda cuma perlu menambah/membeli "wireless USB dongle" supaya komputer anda boleh mencapai wifi di rumah anda. Kos untuk USB tersebut cuma sekitar RM25-50 sahaja bergantung kepada jenis dan kelajuan.

LCD Lenovo yang didatangkan sekali

Komputer ini mempunyai DVD ROM jadi anda boleh menonton filem DVD melaluinya. Speaker tambahan diperlukan untuk anda mendengar audio. Antara aplikasi (software) yang kami telah "install"kan secara percuma adalah seperti Microsoft Windows XP yang asli, OpenOffice (untuk menaip), K-Lite Media Player (movie player), Adobe Reader, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Microsoft Security Essentials (sebagai antivirus). Untuk "game" pula, ia sesuai untuk game yang tidak terlalu berat seperti game-game 2D (contoh: Angry Birds, Counter Strike 1.6, Zuma), game-game daripada Facebook dan juga game flash (http://www.flashgames247.com/http://www.flash-game.net/http://www.2flashgames.com/).

Komputer ini ialah keluaran Dell pada tahun 2005 manakala skrin kebanyakannya adalah jenama Lenovo. Terdapat juga skrin jenama lain bergantung kepada stok semasa. Anda boleh juga meng"upgrade"kan skrin sedia ada kepada skrin yang lebih besar pada harga yang lain. Komputer ini ada juga kelemahannya (setiap ciptaan pasti ada kelemahan kan? :D ) iaitu ia tidak boleh di"upgrade" kepada RAM yang lebih besar, tapi cukuplah kan seperti orang kata, "alah untuk budak-budak". Manakala untuk kaki upgrade terpaksalah melupakan pilihan ini dan belilah komputer lain yang lebih canggih yang kami ada :D (tapi mahal sikit lah hehe).

Bahagian belakang CPU
Apa-apa pun komputer murah adalah pilihan terbaik untuk diberi kepada anak-anak dalam lingkungan persekolahan agar proses pembelajaran mereka berjalan dengan lancar dan melahirkan generasi celik IT. Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Jika berminat, sila lah datang ke kedai kami seperti di alamat yang saya perihalkan sebelum ini. Terima kasih atas kesudian anda membaca, jumpa lagi :D

7 comments:

  1. eh , hard disk dia berapa GB ?

    ReplyDelete
  2. boleh upgrade windows 7 tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh, ram 1gb maksimum dan prosesor pentium 4 tak sesuai, kena dual core ke atas, ram 2gb baru cepat sikit kalau nak upgrade ke windows 7. lagi 1, kitorang takde upgrade windows 7 yang tak ori, kalau beli yg ori mahal, rm250-300 untuk cd dia. biasa pelanggan beli dan format windows 7 sendiri, kalau taktau boleh hantar kedai luar yang ada buat format guna cetak rompak hehe. tq

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Slot Pragmatic Play - Slot Pragmatic Play - Gold Casino 10cric 10cric 카지노 카지노 845The Legend of Zelda: Ocarina of Time

    ReplyDelete
  5. The Best Casino in Washington (Washington) - Mapyro
    See 경상남도 출장샵 751 unbiased reviews of The Best Casino in Washington (Washington) - 정읍 출장마사지 See 3592 photos and 안양 출장마사지 blog posts made by 파주 출장안마 visitors and 안성 출장마사지 guests.

    ReplyDelete