Monday 2 December 2013

Dell Precision T1500 (Used)

Salam sejahtera. Model ini adalah yang terbaru berada di dalam stok kami.

Spesifikasi:

Prosesor    : Intel Core i5-750 2.66GHz
                   - Quad Core / Lynnfield / 8MB L3 Cache
RAM         : 2GB DDR3 RAM
HDD          : 250GB Sata
Opt Drive  : DVD-ROM
Graphic     : nVidia Quadro FX580 (512MB/DDR3/128-bit/PCI-e)
OS             : Windows Vista Business
Screen       : 19" Wide LCD (Max Resolution 1440x900)
Gambar     :

Set
CPU dengan 4 USB depan

Graphic card yang digunakan
Bahagian belakang, ada 6 USB



Skrin Dell 19" (wide screen)


Sistem ini kami jual dengan harga RM999. Model ini boleh diibaratkan seperti sebuah workstation iaitu sistem komputer yang sesuai digunakan untuk industri, perniagaan atau kegunaan biasa. Sistem yang baru biasanya dijual dengan harga tinggi kerana ia mempunyai spesifikasi yang agak baik, kualiti dan jangka hayat yang lebih lama berbanding komputer bajet. Ia boleh menampung sehingga 16GB RAM dan 2TB hard drive. Saiz casing nya agak kecil amat sesuai untuk kegunaan dalam ruang yang terhad berbanding dengan komputer seangkatan dengannya yang biasanya bersaiz lebih besar. Walaupun begitu, ia mempunyai ruang yang cukup untuk pelbagai tambahan di dalamnya seperti untuk menambah 1 lagi hard drive dan 1 graphic card (sistem sudah didatangkan dengan 1 graphic card). Sistem ini sudah tersedia dengan graphic card nVidia Quadro FX 580 yang berkeupayaan untuk menjalankan tugas-tugas kerja grafik seperti AutoCad dan lain-lain dengan baik. Ia juga mampu menampung beberapa game yang terbaru. Bagaimanapun sesetengah game memerlukan graphic card yang lebih baik, jadi anda perlu menukar graphic card kepada jenis yang sesuai untuk bermain game.

Kesimpulannya, sistem ini mempunyai keupayaan yang tinggi dan boleh di upgrade kepada sebuah mesin yang lebih baik tetapi mempunyai saiz casing yang agak kecil. Selain harga yang rendah kerana harga asalnya sememangnya agak tinggi kerana ia disasarkan kepada pengguna industri dan korporat. Sekian terima kasih kerana telah membaca.